Pengenalan
- Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.
- Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.
- Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.
- Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
- Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.
- Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
- Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
- Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
- Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
- Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.
Konsep
E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.
No comments:
Post a Comment