Blogger Layouts

Sunday 4 December 2011

Frasa Kerja Transitif (FKT)
FKT ialah satu daripada dua kategori frasa kerja. Satu lagi kategori frasa kerja ialah FK tak transitif (FKTT). Sementara FKTT hanya melibatkan satu pihak, iaitu subjek ayat, FKT melibatkan pihak kedua, iaitu objek ayat. Misalnya, dalam ayat “Ali tidur”, FKTT “tidur” hanya melibatkan satu pihak, iaitu subjek ayat “Ali”. Sebaliknya, dalam ayat “Ali memukul ular itu”, FKT “memukul” melibatkan dua pihak, iaitu subjek ayat “Ali” dan pihak kedua, iaitu objek ayat “ular itu. Oleh sebab FKT mempunyai objek, ia boleh dipasifkan.

“Ali memukul ular itu.”
“Ular itu dipukul oleh Ali.”

Jenis/Kategori

FKT dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:

1) Asal – frasa kerja yang sememangnya bersifat transitif.
Contoh: makan, minum, membaca, memukul (bentuk aktif)
dimakan, diminum, dibaca, dipukul (bentuk pasif)

2) Terbitan – diterbitkan daripada kategori/jenis frasa yang lain, iaitu frasa nama (FN),
FKTT dan frasa adjektif (FA) serta dua frasa sendi nama (FSN), iaitu “ke
 
tepi” dan “ke tengah”.

- diterbitkan daripada FN, misalnya “raja” – merajai, merajakan (bentuk aktif)
- dirajai, dirajakan (bentuk pasif)

- daripada FK tak transitif, misalnya “tidur” – meniduri, menidurkan (aktif)
ditiduri, ditidurkan (pasif)

“temu” – menemui, menemukan (aktif)
ditemui, ditemukan (pasif)

“bertemu” – mempertemukan (aktif)
dipertemukan (pasif)

“bersuami”- mempersuami, mempersuamikan
dipersuami, dipersuamikan

- daripada FA (adjektif), misalnya “indah” – mengindahi, mengindahkan
diindahi, diindahkan

- daripada FSN “ke tepi” & “ke tengah” – mengetepikan, mengetengahkan
diketepikan, diketengahkan


Makna imbuhan +i pada FKT asal

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT asal, iaitu menunjukkan perbuatan dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.

Siti membacai buku cerita itu.
Maknanya ialah perbuatan “membacai” dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.

Makna imbuhan +kan pada FKT asal

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT asal, iaitu makna “benfaktif” (objek tepat ayat ahíla pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan).

Siti membacakan adiknya buku cerita.
Maknanya ialah objek tepat ayat (adiknya) ialah pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan (membacakan).

Makna imbuhan +i pada FKT terbitan (daripada FN)

Terdapat empat makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FN.
 

1) Menjadi

Parameswara merajai Melaka.
Maknanya ialah “Parameswara menjadi raja Melaka”.

Saya menggurui kelas ini.
Maknanya ialah “Saya menjadi guru kelas ini”.

2) Memberi

Dia menasihati saya supaya bersabar.
Maknanya ialah “Dia memberi saya nasihat supaya bersabar”.

Dia sudah memaafi saya.
Maknanya ahíla “Dia sudah memberi saya maaf”.

3) Meletakkan/membubuh

Siti menggarami ikan.
Maknanya ialah “Siti membubuh garam pada ikan”.

Siti menggulai kopi.
Maknanya ahíla “Siti membubuh gula ke dalam kopi”.

4) Membuang
Encik Ahmad merumputi halaman rumahnya.
Maknanya ialah “Encik Ahmad membuang (mencabut, menebas, mencangkul) rumput di
 
halaman rumahnya”.

Siti menyisiki ikan.
Maknanya ialah “Siti membuang sisik ikan”.

Makna imbuhan +kan pada FKT terbitan (daripada FN)

Terdapat dua makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FN.
 

1) Menjadikan (“kausatif”)

Rakyat Melaka merajakan Parameswara.
Maknanya ialah “Rakyat Melaka menjadikan Parameswara raja”.

Dia menasihatkan supaya saya bersabar.
Maknanya ialah “Dia menjadikan “supaya saya bersabar” nasihat”.

2) Memasukkan

Hakim itu memenjarakan pesalah.
Maknanya ialah “Hakim itu memasukkan pesalah ke dalam penjara”.

Kerani itu memfailkan surat-surat tersebut.
Maknanya ialah “Kerani itu memasukkan surat-surat tersebut ke dalam fail”.

Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +I pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah subjek ayat.

Ali menaiki bangunan itu.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah subjek ayat (Ali).

Ali memperisteri Aminah.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah subjek ayat (Ali).

Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah objek ayat.

Ali menaikkan bendera.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah objek ayat (bendera).

Aminah memperisterikan Ali dengan Siti.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah objek ayat (Ali).

Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif)

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “pemangkin”, iaitu kerana sifat yang ada padanya menyebabkan pihak lain (objek ayat) juga mendapat sifat tersebut.

Pohon-pohon bunga mengindahi taman itu.
Maknanya ialah subjek ayat (pohon-pohon bunga) ialah “pemangkin” yang mempunyai sifat “indah”, dan kerana keindahannya objek ayat (taman itu) juga menjadi indah.

Bedak memutihi mukanya.

Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif)

Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “agen”, iaitu kerana usaha/perbuatan/keupayaannya menyebabkan pihak lain (objek ayat) mendapat sifat yang disebut pada FKT berkenaan.

Ali mengindahkan taman itu dengan pohon-pohon bunga.
Maknanya ialah subjek ayat (Ali) ialah “agen”, iaitu kerana usahanya menyebabkan objek ayat (taman itu) menjadi indah.

Contoh lain ayat:

Krim pencerah memutihkan mukanya.

Imbuhan +per

Satu lagi imbuhan yang dapat menerbitkan FKT ialah +per. Mengenai penggunaan imbuhan ini, dua perkara yang berikut perlu diperhatikan:

1) Imbuhan +per mempunyai fungsi dan mendokong maksud yang sama dengan imbuhan +kan. Persamaan ini terlihat dalam contoh FKT yang berikut:

Perbesar = besarkan – maknanya ialah “jadikan besar”.
Perluas = luaskan – “jadikan luas”.
Perbetul = betulkan – “jadikan betul”.

Disebabkan persamaan ini, kedua-dua imbuhan tidak boleh digandingkan untuk menerbitkan sesuatu FKT. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +kan (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut:

*Encik Ali memperbesarkan rumahnya.
*Memperluaskan
*Memperbetulkan

2) Imbuhan +kan dan +i tidak boleh digandingkan dalam penerbitan sesuatu FKT. Oleh sebab imbuhan +per = +kan, imbuhan +per juga tidak boleh digandingkan dengan imbuhan +i. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +i (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut:

*Mereka memperhalusi cadangan itu.
Mereka memperhalus cadangan itu.
�F:�
FRASA  KERJA  TAK  TRANSITIF

FK tak transitif ialah FK yang tidak mempunyai objek. Walau bagaimanapun, sebahagiannya mempunyai pelengkap. Oleh itu, FK tak transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tak berpelengkap dan berpelengkap.

1.4.1.1 Frasa Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya ialah (2a-c), dicatat semula sebagai (4a-c).

(4) a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.

Maksud ayat (4a-c) yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna walaupun tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan.

1.4.1.2 Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap

FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur pelengkap (berwarna hijau) untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya ialah (5a-c) yang berikut:

(5) a. Siti menjadi
 guru.
b. Keadaannya beransur
 baik.
c. Dr Ali pergi
 ke Pulau Pinang.

Maksud ayat (5a-c) yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menjadi”, “beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu “guru”, “baik” dan “ke Pulau Pinang”.

(5’) a. *Siti menjadi.
b. *Keadaannya beransur.
c. *Dr Ali pergi.

Nota: Tiga jenis frasa yang boleh menjadi pelengkap FK tak transitif berpelengkap ialah frasa nama (“guru” dalam (5a)), frasa adjektif (“baik” dalam (5b)) dan frasa sendi nama (“ke Pulau Pinang” dalam (5c)).

Masalahnya ialah tiada rumus yang dapat dipegang untuk menentukan kategori frasa yang menjadi pelengkap bagi sesuatu FK tak transitif tak berpelengkap. Walau bagaimanapun, dua panduan yang berikut dapat membantu kita mengatasi sebahagian masalah ini.

Panduan: i) Sebahagian besar pelengkap FK tak transitif berpelengkap terdiri daripada frasa sendi nama.

ii) Pelengkap FK tak transitif berpelengkap berimbuhan ber+_+kan ialah frasa nama (6a-c).

(6) a. Hang Tuah bersenjatakan keris Taming Sari.
     b. Keputusan itu dibuat berdasarkan cadangannya.
     c. Dia tidur berbantalkan lengan.

Monday 28 November 2011

TIP MENGHILANGKAN MALAS


MALAS adalah virus paling bahaya bagi seseorang pelajar. Di sini dinyatakan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi penyakit malas :

1. Membasuh muka atau mandi ketika diserang rasa mengantuk.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana boleh menyebabkan terlelap lalu tertidur.

3. Berpindah dari ruang baca ke bilik yang lain.

4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di dekat jendela atau membuka jendela-jendela kamar lain untuk menambah kesegaran.

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah atau mengemas bilik, rak dan sebagainya agar dapat menggerakkan otot-otot kita.

6. Berbincang sebentar dengan keluarga atau teman namun mengenai hal yang diharuskan. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbicara itu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbual kosong bahkan mengumpat.

7. Membuat secawan kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan dapat menjernihkan akal.

8. Mengubah aktiviti seperti setelah bosan menghafal gantikan dengan membaca, membuat nota atau mengulangkaji.

Itulah beberapa tips agar dapat membantu para pelajar sekalian dalam mengatasi penyakit malas. Akan tetapi yang paling utama jangan lupa berdo’a agar Allah sentiasa memberi semangat dan agar menjauhkan diri daripada penyakit malas tersebut.

Monday 19 September 2011

Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun begitu,terdapat pelbagai masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini.
Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.

       Pengenalan
               Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK. Senario ini menjadi petunjuk untuk menggerakkan Malaysia menuju negara maju yang membangun mengikut acuannya sendiri menjelang 2020.
       Berikutan itu juga, perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar. Situasi ini menyaksikan perlunya kualiti dalam peningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat membuka ruang lebih luas kepada para guru untuk mengaplikasikan segala teori, kemahiran dan kepakaran yang sedia ada.
       Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek pembelajaran dan pengajaran guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, penggunaan BBM berasaskan TMK dalam pembelajaran dan pengajaran dilihat amat efektif dan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi semua mata pelajaran. Penggunaan TMK perlu dilihat secara optimis dan dilaksanakan secara proaktif oleh guru untuk meningkat kemahiran guru dalam pengajaran dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Situasi ini membawa perubahan kepada pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pembelajaran dan pengajaran, agen perubahan dan sumber maklumat kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
       Masalah dan Cara Mengatasinya
             Kenyataannya, sejauh manakah golongan guru menerima perubahan ledakan teknologi komunikasi ini. Sesuatu yang baru pasti memerlukan masa penyesuaiannya dan menimbulkan masalah dan cabaran. Begitu juga dengan penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah. Secara realitinya menunjukkan bahawa sistem pengurusan sekolah dan kaedah pengajaran guru masih tidak berupaya untuk mendukung penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan TMK dalam pengajaran mereka. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun,kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.
       Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Pembaharuan ini dirasakan sebagai satu beban bagi golongan guru ini. Mereka tiada kepakaran untuk mengoperasikan peralatan TM yang kemudiannya dijadikan alasan mengganggu dan mengambil masa pengajaran. Ini menyebabkan golongan ini meneruskan cara lama dan membantutkan perkembangan pendidikan negara.
       Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan DalamPerkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas danhands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP,guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Guru juga telah diberi pinjaman untuk pemilikan komputer bagi meluaskan pengetahuan mereka tentang kemudahan dan penggunaan komputer dan ICT. Pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.
       Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Perancangan dan persiapan yang dilakukan untuk pengajaran akan terjejas apabila pelajar gagal mengakses maklumat yang terdapat dalam pengajaran guru. Keadaan ini akan menyebabkan guru mencari inisiatif lain bagi meneruskan sesi pengajaran. Apabila perkara ini sering berlaku, akhirnya guru-guru berbalik kepada kaedah pengajaran secara tradisional.
       Terdapat beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Menurut Howard Gardner ( Harvard University ) guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai kerana sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka. Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuatturunkan bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru boleh memuatturunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama pelajar di sekolah.
       Faktor kekangan yang lain ialah kurang perancangan guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah. Ini kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Guru kekurangan masa untuk menyediakan perancangan yang teliti kerana bebanan tugas terutama tugas-tugas perkeranian. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan.
       Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar ( analyze learner ) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah. Seterusnya guru mesti memikirkan objektif ( state objective ) pembelajaran yang akan diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A- pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai ( select instructional methods, media, and materials ) untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang mungkin dibeli dan dibuat pengubahsuaian atau direka sendiri.
       Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakan setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri ( require learner participation ) kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan ( evaluate and revise ) dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan perancangan rapi sebelum pengajaran dan pembelajaran serta akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan.
       Kekangan seterusnya dalam penggunaan TMK dalam pendidikan ialah pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas. Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah pengajaran yang jelas oleh guru mereka.
       Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis ( analysis ) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu menetapkan ( design ) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh mengembangkan ( development ) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar.
       Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.
       Penghasilan bahan pengajaran secara talian dalam kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Ini diakui melalui kajian Foong (1999) menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan pengetahuan merekabentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian. Kajian mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini bersamaan dengan kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.
       Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding penyediaan pengajaran secara tradisional. Kajian yang dijalankan oleh National Education Association dalam Weiner (2000) terhadap guru-guru di Amerika mendapati 43% guru menyatakan penyediaan untuk pembelajaran secara talian memakan masa yang lebih lama kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan seperti merekabentuk laman web, siding video dan membalas e-mel. Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji. Beban tugas utama yang dihadapi oleh para guru adalah menyediakan tugasan secara talian dan membalas e-mel pelajar. Mark Kassop dalam Weiner (2000) menyatakan seorang guru yang menyediakan pembelajaran secara talian untuk 20 orang pelajar menerima 80 sehingga 90 respons daripada pelajar-pelajarnya. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas. Kajian yang sama juga mendapati 83% daripada guru menghubungi pelajar sekurang-kurangnya sekali seminggu melalui emel dan kebanyakan masa kadarnya lebih daripada 1 kali (Weiner, 2000).
       Sehubungan masalah tersebut, sikap para pendidik sendiri perlu diubah. Para pendidik perlu lebih terbuka dan menerima perubahan. Mereka digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai pengganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.
       Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses pengetahuan dan pembelajaran sudah digunakan dengan meluas terutama di kawasan bandar. Beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program -program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal, bilik komputer , perkakasan komputer , komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Pastinya untuk menuju ke arah positif, guru-guru perlu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap guru yang akan menentukan kejayaan hasrat KPM .
       Kekurangan khidmat sokongan di sekolah juga menjadi salah satu faktor kekangan penggunaan TMK dalam kalangan guru di sekolah. Masalah membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Akibatnya bilangan komputer di sekolah tidak dapat menampung keperluan pelajar yang ramai. Selain daripada itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer.
       Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu mewujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer. Ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. Pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet samada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pakej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.
       Halangan daripada pihak pentadbiran sekolah juga menjadi faktor kekangan kepada para guru dalam menggunakan TMK dalam pembelajaran dan pengajaran. Masalah ini hanya berlaku pada sebilangan kecil sekolah sahaja. Kemungkinan pihak pentadbir tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan penggunaan ICT dalam pengajaran guru.Oleh demikian, mereka menetapkan prosedur yang ketat kepada guru-guru yang hendak menggunakan peralatan ICT, bimbang akan berlaku kerosakan pada alat-alat tersebut kerana guru kurang berkemahiran dalam ICT. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding alat dan bahan teknologi maklumat yang ada.
       Bagi mengatasi masalah ini, Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) boleh digunakan. Terdapat lima langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan pelajar.
       Menurut model ini juga, penggunaan ( appropriation ) TMK dengan betul penting supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta ( invention ) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah.
       Penutup
               Kesimpulannya TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Budaya persekolahan seharusnya telah diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Golongan pendidik pula perlu bersikap terbuka dan positif menerima perubahan dalam era pendidikan. Kerjasama daripada semua pihak akan memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.



BIBLIOGRAFI
Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan Ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa. Diperolehi pada 28 Ogos 2008 daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf

Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam Pengajaran. Diperolehi pada 21 Ogos 2008 daripada – http://72.14.235.104/custom?q=cache:XKlubNnHofEJ:www.sahc.kedah.
edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word%2520%2520PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520PENDIDIKAN.pdf+ pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+pengajaran&hl=en&ct
=clnk&cd=4&client=google-coop

Wan Azlina Wan Semail.Halangan TMK di Sekolah.Diperoleh pada 7 Mei 2010 daripada http://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/05/halangan-integrasi-tmk.html

Siti Fatimah Ahmad  Ab. Halim Tamuri.Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-QAF.Diperoleh daripada http://www.ukm.my/jiae/pdf/20.pdf

Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan.Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Halangan Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor.Diperoleh daripada

Saturday 10 September 2011

TAJUK 15 : Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.

Seminar
Menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu.


Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
Penggunaan komputer di sekolah
Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu


Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer :
Memberi kesempatan diskusi berkaitan bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar


Kelebihan
Berguna kepada peserta yang terlibat
Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
Menyediakan bahan dan keterangan yang baru


Kekurangan
Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
Pameran


Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran bahasa Melayu berbantukan komputer
-Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
 -Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
- Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang


TAJUK 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
CAKERA PADAT (CD)
Digunakan untuk menyimpan data
Terdiri daripada pelbagai jenis seperti :
CD-R (CD-recordable)
Boleh rakam yang boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM biasa.
Data hanya boleh dirakam sekali, dan tidak boleh diubah
CD-RW (CD-rewritable)
Boleh ditulis, dipadamkan dan ditulis semula
DVD (digital video disc)
Bahantara storan optikal yang mempunyai muatan lebih tinggi dan besar daripada CD.


Meneroka dan Mengklasifikasi Cakera Padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:




















Memilih Cakera Padat Pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan

Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.






PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahati atau haba yang panas.
Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. gunakan alat tulis seperti marker pen
Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
Pegang cakera padat dengan cara yang betul
Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.







TAJUK 13 : Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu





Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang diajar oleh guru.


Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.


Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas


Jenis-jenis animasi
Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik


Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect


Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak


Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).


Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.


Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.
























 (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :


Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint

TAJUK 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu



Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan. Alat pengarangan juga merupakan satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kursus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.


Jenis-jenis alat pengarangan
Perisian Alat pengarangan
Linkway
Language Plus
Scala
Toolbook
Authorware
Google
ComIL


Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.
Prosedur penyuntingan bahan Bahasa Melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarangan yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
• docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
















Aplikasi


Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian















TAJUK 11: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan
Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:










·                     Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
·                     Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
·                     Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
·                     Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. 
Jenis Persidangan Video



contoh jenis persidangan





Contoh penggunaan sidang video ialah :









Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksudpertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Contoh perisian siding video :








Perisian- perisian bagi software siding video di atas boleh diperolehi daripada:





  • Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.

         (i) Sidang video menggunakan perisian skype:
          Langkah 1:









Langkah 2







Langkah 3




Langkah 4





Langkah 5










(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger


Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah

Langkah 1






Langkah 2




Langkah 3





Langkah 4




Langkah 5






Langkah 6




Langkah 7



Langkah 8




Langkah 9