Blogger Layouts

Friday 9 September 2011

TAJUK 1 PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU

Tajuk 1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan
dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com










Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan
















Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan
yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio,
video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.








Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan
diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan
anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.







































1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang
telah diberikan.






















No comments:

Post a Comment