Blogger Layouts

Friday, 9 September 2011

TAJUK 10: Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan : 

( i ) Penentuan peringkat pengajaran

( i i) Kemahiran bahasa


( i ) Penentuan peringkat pengajaran
· Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:



Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

( ii ) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari iti kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip Pembinaan Bahan Video dan Audio :


Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
· Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
· Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
-Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.

- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.




Panduan meggunakan elemen video

· Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling
dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain.
Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses
penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para
pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
· Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga
dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai
sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam
minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.
Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,
antaranya ialah :



(i) Membina bahan video


Langkah 1 & 2




Langkah 3




Langkah 4




langkah 5

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.



Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.







TAJUK 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman

                                                                                                         


Pengenalan
Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :


i. zoho https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp
ii. Google docs https://docs.google.com/#home
iii. 280 slideshow http://280slides.com/editor/
iv. Brocchure maker http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1


Prosedur pengeditan
i. Mengetahui URL perisian pengeditan
• Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan
ii. Mendaftar terlebih dahulu
• Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
iii. Memilih bahan yang sesuai
• Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas talian
iv. Mengedit bahan atas talian
• Memulakan pengeditan bahan atas talian


Prinsip pengeditan bahan atas talian
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran




PROSEDUR MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN ATAS TALIAN
 Langkah yang pertama ialah dengan membuka laman web. 
Contohnya http://www.mybrochuremaker.com

















Kemudian, bagi yang pertama kali membukanya, 
anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘sign up’.

Masukkan alamat email dan juga kata kunci anda

















Apabila pendaftaran telah selesai, anda perlu menulis tajuk projek dalam kotak
yang disediakan dan seterusnya tekan butang ‘create new’.














 Kemudian, anda boleh memilih tema  dan layout yang ingin digunakan.














Anda boleh mula mengedit bahan yang  ingin dimasukkan ke dalam brosur anda.














 Setelah proses mengedit bahan telah selesai  dilakukan, anda boleh menyimpannya dengan 
 menekan butang ‘save’. Anda boleh menamatkan  proses ini dengan menekan butang ‘exit’.











TAJUK 8: Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam dan Luar Talian


Pengenalan
  1.  Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.
  2.  Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.
  3. Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.
  4. Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
  5. Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik.
  6. Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
  7. Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
  8. Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
  9. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
  10. Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.



Konsep
E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.

TAJUK 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam P&P Bahasa Melayu

             
 Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.


Prinsip-Prinsip Model Pemprosesan Maklumat
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat


2) Pengaliran maklumat dua hala


3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.


4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat


Empat Proses Utama Dalam Model Pemprosesan Maklumat
-Pengenkodan
-Penyimpanan
-Mengigat Kembali
-Lupaan
Fasa Penyimpanan Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.


Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.


Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Lupaan dalam Ingatan Panjang ('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.


1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.


2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu.


3) Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat Perakam Deria ('Sensory Register') Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:


1) Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Ciri-ciri iklim monsun tropika -- memori semantik Saya terjatuh semalam -- memori episodik Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.


Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri "animals" (lihat rajah TLC dalam webiste berikut) Baca artikel ini bertajuk "Semantic Memory" yang menerangkan model TLC. Juga klik kepada 2 rajah yang menjelaskan model dan graf yang menunjukkan kadar respons subjek. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesutu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. http://www.learningdomain.com/cognitivism2.html


Ingatan Jangka Panjang ('LongTerm Memory')


Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

TAJUK 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.
Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.


Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran


Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


Struktur Rangkaian
Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
































Penggunaan struktur perpautan atau lebih dikenali dengan hyperlink ini begitu penting dalam merangka


























Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
Contoh Struktur Hierarki




























Struktur Linear



















































Struktur Rangkaian
Contoh struktur rangkaian


























Aplikasi multimedia menggunakan lebih daripada satu paradigm reka bentuk dengan mengaplikasikan senarai linear, menu,hierarki dan rangkaian mengikut kesesuaian.
Reka bentuk yang menggabungkan paradigm ini digelar sebagai hibrid.
Contoh struktur hibrid



TAJUK 5 : Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam P& P BM

Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.

 Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama

iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran:





























































































Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:

















· Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,